Buat Sahabat Seiman......

Monday, November 29, 2010

kawan,kenapa?







aku yg tgh kusyuk mngadap laptop tetiba mengalih pandangan ke luar.hujan masih turun, melewati bumbung laluan asrama berhadapan asrama sewa aku dan kawan2 sekuliah, dan titik2 kecil jatuh ke bawah.hujan membawa bersama rasa sejuk.kipas angin yg bertiup laju walaupun dibuka pd kelajuan paling rendah menambah lagi rasa sejuk.tiba2 teringat pada seorng ukhti yg pernah rapat dgnku semasa sama2 menuntut ilmu dulu.terus aku menaip namanya dalam facebook.tertera wallnya.gambar pengantin di depan.separuh,tanpa kepala.terus aku tertanya; 'kenapa???'




5 tahun dulu...




wajahnya lembut,bersih,cerah.tuturnya lembut dan halus.riak wajahnya tenang,sesekali berubah bila hatinya terusik.dia sepertiku,jika ada benda yg tak senang bersarang d hati, wajahnya cepat berubah.boleh d teka.dia byk berfikir.sama sepertiku.meminati sajak.sama sepertiku.jadi kami saling bertukar2 sajak semasa di sana.aku rapat dengannya.orang sekeliling berkata begitu juga.dia juga mngakui.dia bercerita kepadaku ttg dirinya.aku juga begitu.aku sedih,aku cari dia.dia sedih, padaku akan d ceritakan.dia juga yg mmbawa aku mngenali jalan trbiyah.aku berterima kasih padanya.cuma mungkin dia tidak pernah mngerti betapa aku merinduinya selama 5 tahun ini.dengan caranya, tanpa berita, tanpa sms, apalagi mahu menelefon.semuanya terputus.aku tak tahu apa yg terjadi.




3 tahun dulu




aku terima sekeping surat darinya.katanya dia amat merinduiku.ku menangis membacanya.dia bercerita ttg futur.aku berbisik dalam hati dan berkata bahawa aku akan manfaatkan usahanya mmbawaku ke jalan tarbiyah dgn baik,tanpa futur.sekalung kata-katanya mmbuatku bersemangat.aku menangis dan menangis lagi.masih ingat lagi dia padaku.


Aku juga terjumpa dia dalam satu program.semasa tu aku tgh bermasalah.rupa2nya dia pun sama.aku ceritakan serba sedikit.kemudian dia pula mnceritakan.rupa2nya cerita kami lebih kurang,cuma d pihak yg berbeza.berkisar ttg masalah yg timbul akibat terlalu rapat dgn seorang kawan.akhirnya aku bertanya dia, adakah dia merasakan yg aku trlalu rapat dengannya dulu....dia jawab 'ya'.aku tak pasti jawapan itu positif atau sebaliknya.adakah aku trlalu rapat dgnnya dulu sehingga mnyusahkannya?kalau begitu,kenapa dia tidak berusaha mnjauhiku, malah mnymbut mesra pershabatanku dan turut mncariku di kala susah dan senangnya? aku biarkan persoalan itu hilang di bawa ombak pantai di hadapanku yg mulai suram menjelang maghrib....




setahun yg lalu




aku mnghadiri sebuah program.aku harapkan dia ada di situ.namun dia tiada.aku kecewa.bila brtanya kawannya mngapa dia tidak hadir ke perhimpunan yg penting itu,kawannya seperti tidak mahu mnceritakan.nyata, ada yg tak kena.sebelum itu aku ada menelefonnya.itu pun setelah beberapa kali mncuba disebabkan dia selalu brtukar no telefon.ada org mngganggu katanya.dia bercakap tanpa minat bila mndengar suaraku.seperti tidak bersemangat.seperti mahu meletak telefon cepat2.aku bertanya perkembangannya.aku bertanya ttg pengajiannya dan bila dia akan bekerja.aku juga bergurau dlm nada sinis ttg knp dia susah untuk mnjawab sms ku.akhirnya aku meletak telefon dlm perasaan kecewa.aku mnangis lagi kawanku.




sepucuk surat singgah lagi kepadaku tak lama dulu.isi yg sama.dia merinduiku.dia mnyuruh supaya aku kuat.isi yg lain aku sudah tak ingat.aku sebak mmbacanya.entah yg keberapa kali aku menangis kerananya.entah kenapa dia begitu.seperti ingin memutuskan persahabatan yg sudah lama tidak bersinar, tetapi tiba2 hadir dgn kata2 yg bisa buat hatiku sayu.membuatkan fikiranku ligat bertanya; 'kenapa kawanku?' 'apa yg telah terjadi kepadamu?' 'aku akan membantu selagi dayaku!' 'bersuaralah ttg sesuatu, nescaya aku akan dengarimu!' 'adakah kau sudah dihanyutkan oleh gelombang dunia, atau adakah sesuatu bencana menimpamu sehingga kau menanggung sesuatu yg amat berat?' 'masih ingatkah kau surat pertamamu dulu yg mngingatkanku ttg futur...kenapa kau yg kelihatan hilang arah skrg?' 'berkatalah sesuatu kawan!'




beberapa bulan dulu


aku berjaya mengesan facebooknya.aku girang.aku berniat untuk bertanya segalanya.tapi aku tahu aku tak berhak mngetahui apa yg tidak ingin dia ceritakan.cuma aku berkata yg aku risau krn tidak tahu prkmbngannya bertahun2.dia menceritakan yg sudah lama dia tidak mngambil tahu hal dunia luar.tak bekerja.pernah melalui zaman gelap yg sukar.futur.aku tak mengorek lebih lanjut pd mlm itu.aku tak nak memaksanya mnceritakan padaku.asalkan dia mahu bangkit semula,aku sudah teramat gembira.di akhir kata,dia ajak ku ber chatting.aku kira dia ingin berkata sesuatu,tetapi akhirnya dia batalkan.entah kenapa.dan nyata, malam itu sahaja kali pertama dan terakhir kami berhubung setakat ini.dan selepas beberapa bulan, tertera di wallnya yg dia sudah bernikah.aku terkejut.tapi bukan aku seorang sja,mmg ramai kwn2nya yg lain tidak tahu.dan setakat ini,tarikh majlis kahwin juga tidak dberitahu.aku mengeluh lagi...'kawan,kenapa?'.....




i cherish every moment with u


i cant forget the help u give


or the talk that melt my hard heart


i love everyone that willing to be my friend


and one of them is u


and i hope that we'll forever be friend


since we meet because of Allah


so i hope we can end because of Allah too


but this seems to be a very foggy end


is there an end for this?


or u prefer to keep quiet


like i'm not in your world anymore


like i've never there with u


smiling with u


tearing besides u


while talking about how i'm bad with memorizing Quran




at last


i think i've adapted


that i'm a forgotten friend


or more +ve,


a friend who u dont want to burden


with all of your suffering


this is who i am


to you


but friend,


why?










No comments:

Post a Comment