Buat Sahabat Seiman......

Friday, April 30, 2010

Sandaran Hatiku - Allah!

Tiba2 pagi ni trasa tros nak menulis sesuatu slpas gagal ke 1 prgram yg aku nak g.rasa kecewa gak sbenarnya....pada benda yg aku suka buat, insyalh aku buat brsungguh2 dan brsemangt untuk trlibat...tapi rasa2 yg baik ni slalunya akan trkubur sbb mslh2 trtentu yg aku rasa blh elak. tp on the other hand, banyak plak benda yg aku kurang gemar buat, (tapi trpaksala buat untuk meraih redha)-pd awalnya rasa seronok, tp akhirnya mmbuat aku rasa sia2 sbb semua org pun melupakan apa yg sepatutnya diingat. itulah yg aku rs...aku tak kisah kalau anda yg mmbaca xpaham, asalkan encik blog aku paham.dan aku rasa lirik lagu di bawah-sandaran hati nyanyian letto dpt mnggambarkan keseluruhan perasaan aku pagi ni...

Yakinkah ku berdiri
Di hampa tanpa tepi
Bolehkah aku
MendengarMu

Terkubur dalam emosi
Tanpa bisa bersembunyi
Aku dan nafasku
MerindukanMu

Terpuruk ku di sini
Teraniaya sepi
Dan ku tahu pasti
Kau menemani

Dalam hidupku
Kesendirianku

Teringat ku teringat
Pada janjiMu ku terikat
Hanya sekejap ku berdiri
Kulakukan sepenuh hati

Peduli ku peduli
Siang dan malam yang berganti
Sedihku ini tak ada arti
Jika Kaulah sandaran hati
Kaulah sandaran hati
Sandaran hati

Inikah yang Kau mahu
Benarkah ini jalanMu
Hanyalah Engkau yang ku tuju

Pegang erat tanganku
Bimbing langkah kakiku
Aku hilang arah
Tanpa hadirMu
Dalam gelapnya malam hariku

yg pentingnya...kdg2 aku rasa goyah ngn suasana dan diri sendiri.....robbana la tuziq qulubana ba'da iz hadaitana...............

Friday, April 23, 2010

Kasihnya Allah Kepada Wanita


"Keistimewaan yang Tuhan berikan kepada wanita terlalu banyaknya". "Kasihnya Tuhan kepada wanita!" Itulah kata-kata yang paling mudah digunakan untuk menggambarkan 'layanan' istimewa terhadap wanita dalam Islam. Sesungguhnya, tidak akan ada mana-mana ajaran, ideologi, isme atau agama lain yang dapat melayan wanita dengan sebegitu baik sepertimana Islam melayan wanitanya. Malah, kalau bergabung pun kesemua wanita yang cerdik pandai, berharta dan berkuasa di seluruh dunia ini untuk menambah hak dan pengiktirafan buat mereka, mereka pasti tidak akan mencapai taraf kemuliaan serta layanan baik yang Allah SWT tawarkan buat seorang wanita di dalam Islam.


Namun, ramai wanita yang tidak memahami hal ini. Lantaran itu kebanyakan mereka tertipu oleh nafsu sendiri dan merasa terkongkong dengan amalan atau larangan tertentu yang digunakan ke atas wanita Islam seperti amalan menutup aurat, larangan bergaul bebas, poligami, larangan wanita menjadi pemimpin dan lain-lain lagi. Mereka cukup takut dan gerun dengan kesemua amalan atau larangan yang dianggap sangat menindas wanita. Walhal kalau dikaji setiap satu amalan atau larangan itu, mudah sahaja untuk melihat hikmah dan kebaikannya kepada kaum wanita itu sendiri.Lalu kita melihat apa yang diperjuangkan oleh pejuang-pejuang hak wanita ialah mereka kalau boleh tidak mahu sebarang sekatan dikenakan ke atas mereka. Tentulah ini tidak munasabah. Sedangkan manusia sendiri banyak membuat peraturan-peraturan serta larangan itu dan ini, atas alasan hendak menjaga keselamatan diri atau masyarakat awam. Contohnya, dalam soal lalu-lintas, terlalu banyak peraturan dan larangan yang manusia buat seperti jangan memandu melebihi had laju, tidak boleh letak kereta di garisan kuning, mesti berhenti apabila ada isyarat lampu merah, mesti hidupkan lampu selepas pukul 7 malam dan berbagai-bagai lagi. Kalau dalam bidang sekecil ini pun perlu banyak peraturan dan larangan, sudah tentulah dalam bidang kehidupan lebih memerlukan lagi, dan lebih-lebih lagilah kalau skopnya itu jauh lebih luas iaitu untuk keselamatan dunia dan Akhirat.Tuhan sebenarnya sangat kasih dan memuliakan kaum wanita. Segala suruhan dan larangan yang Tuhan kenakan ke atas kaum wanita tidak lain dan tidak bukan ialah untuk memastikan keselamatan dirinya dan masyarakat dan sekali-kali bukan untuk menyusahkan mereka. Tetapi, atas hujah dan alasan apa dakwaan ini dibuat? Mari kita lihat satu persatu pengiktirafan yang diberikan olehTuhan kepada wanita, sama ada setara langsung atau pun tidak.i)


Gelaran bagi `isteri' di dalam Al QuranPerkataan yang Allah SWT gunakan di dalam Al Quran untuk menunjukkan suami atau isteri adalah perkataan yang sama, sedangkan dalam bahasa- bahasa lain, perkataan untuk suami dan perkataan untuk isteri menggunakan dua perkataan yang berbeza. Misalnya, dalam bahasa Inggeris, perkataan untuk suami ialah `husband' manakala perkataan untuk isteri ialah `wife'. Sementara dalam bahasa Perancis pula, perkataan untuk suami ialah `mari' manakala perkataan `femme' untuk isteri.Tetapi di dalam Al Quran, suami dan isteri tidak disebut dua perkataan yang berbeza `zaujuh' dan `zaujati'. Hanya satu perkataan yang digunakan untuk kedua-duanya iaitu `zaujuh' yang bermakna `pasangan'. Islam melihat suami dan isteri adalah pasangan, penutup dan juga pelindung buat yang lain. Mereka dilihat sebagai sepasang, bukan berasingan. Sudah tentulah ini bermakna yang kaum lelaki di dalam Islam tidak dianggap lebih mulia daripada kaum wanitanya. Apabila kita mengatakan sepasang kaca mata, sepasang stokin atau sepasang baju, tentulah kita menganggap mereka setara dan tidak dapat dipisahkan di antara satu sama lain. Dan sudah tentulah kita tidak menganggap yang stokin kanan lebih hebat daripada stokin kiri atau kaca mata kanan lebih baik daripada kaca mata kiri. Begitulah tamsilannya sepasang suami isteri di dalam Islam seperti yang tercatat di dalam Al Quran.Namun, gelaran zaujuh ini hanya diberikan kepada isteri yang sama beriman. Bagi isteri yang tidak beriman, mereka tidak disebut zaujuh. Contohnya, isteri Nabi Lut dan isteri Nabi Nuh. Di dalam Al Quran, mereka disebut 'imraah', kerana isteri sebegini tidak dianggap pelengkap, pelindung atau penutup kepada suaminya.ii)




Pembelaan Rasulullah SAW Terhadap Wanita


Rasulullah SAW ada banyak menyatakan Hadis-Hadis yang menunjukkan betapa wanita itu dimuliakan di dalam Islam. Antaranya:a. "Syurga di bawah telapak kaki ibu." Apakah wanita tidak rasa mulia dengan Hadis ini? Mengapa Rasulullah SAW memilih perkataan "di bawah telapak kaki" dan bukan "di dalam tangan" atau "di sisi" seorang ibu? Sudah tentu ini sangat menggambarkan mulianya seorang wanita di dalam Islam. Seorang yang faham tentu akan sangat memandang mulia, menghormati, membela serta berlumba-lumba untuk berkhidmat dan meng'hamba'kan diri kepada ibunya (dengan syarat segala yang dibuat itu tidak melanggar syariat). Tidakkah beruntung menjadi seorang ibu di dalam Islam? Dia tidak akan terbiar dan dipinggirkan, malah akan sentiasa dibela, dihormati dan dimuliakan oleh anak-anaknya.


b. "Orang yang paling baik dari antara kamu itu ialah yang paling baik kepada isi rumahnya, dan aku ini orang yang paling baik dari antara kamu kepada isi rumahku."


c. "Tidak akan memuliakan perempuan-perempuan melainkan orang yang mulia, dan tidak menghina akan perempuan-perempuan melainkan orang yang hina."(Hadis riwayat Ibnu `Asakir)

d. "Bergaullah kamu dengan isteri-isteri kamu dengan cara yang sopan. Kemudian bila kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak."


e. "Janganlah seorang mukmin lelaki membenci kepada seorang (isterinya yang) mukminah, kerana walaupun ada satu perangainya yang lelaki itu tidak suka, tetapi (tentu) ada lain perangainya yang is suka."(Hadis riwayat Ahmad dan Muslim)


Demikianlah hak-hak istimewa seorang wanita yang diberi oleh Islam. Dalam satu masyarakat yang bertaqwa, kaum wanita tidak perlu bimbang yang mereka akan diperleceh, dipermain atau diperkotak-katikkan oleh kaum lelaki, sebaliknya mereka boleh yakin bahawa pihak lelaki akan sentiasa melindungi, menasihati, menegur dan membimbing mereka dengan ikhlas.Aduh! Maha Pemurahnya Tuhan kepada wanita. Maha Baiknya Tuhan kepada golongan yang sering dianggap lemah dan terpinggir ini! Kalaulah wanita-wanita pejuang hak asasi itu tahu begini sekali ganjaran- ganjaran yang Tuhan berikan kepada seorang wanita mukminah, pastilah mereka akan meninggalkan perjuangan mereka. Tidak ada apa-apa lagi hak yang perlu diperjuangkan oleh seorang wanita mukminah. Yang Tuhan tawarkan itu pun sudah terlampau banyaknya.




Wallahualam


:Petikan tulisan

Makcik dan deliberate insertion of foreign body into the vagina


Aku melihat dr jauh sorg patient yg asyik tido dr tadi ngn sronoknya,manakala aku trkaku di situ mncari kalau2 ada kerja untk d buat.suasana damai menyelubungi wad sakit puan yg kdg2 dikejutkan dgn suara suci bayi2 comel di situ. Aku merapati makcik Le yg tido i2 lantas menatap wajahnya. Dia masih tidur. Mengerekot di siang hari.Menurut laporan jururawat td pagi, makcik Le tak dpt tidur dgn baik pd malamnya.dia juga kencing atas katil hingga lencun cadar.Aku melepaskan nafas berat melihat dia dlm keadaan itu, sambil akal ligat mencari sebab bagaimana seorang manusia boleh mengakhiri hidupnya dgn memilih untuk hidup dlm dunia yg bukan asli. Aku sekali lagi meneliti diagnosis Makcik Le. Deliberate insertion of foreign body into vagina with schizophrenia. Aku menggeleng dlm hati. Bagaimana manusia yg dikurnia akal blh melakukan sesuatu seperti ini!!!!!



  • Memberi rawatan tanpa syarat

sepanjang aku berada di sini, xpernah sekali aku melihat anak2 makcik Le dtg mlwt. Akhirnya dia dirujuk ke kebajikan.Aku marah dgn kelakuan anak2 sekarang yg sanggup meninggalkan ibu yg pernah melahirkan mereka.Tapi dlm masa yg sama aku tidak dpt menafikan kemungkinan yg ibu ini jg brsalah krn tidak mendidik anak2 dgn sempurna.kalau dulu, ungkapan 'ibu mana yg tak sayangkn anak' adalah benar, tapi, pd zmn skrg, aku menyaksikan terlalu ramai ibu yg tidak sygkan anak....membuang dan membakar bayi berlaku di mana2.bagaimanapun, aku sbg seorang perawat tidak boleh membeza-bezakan layanan ke atas pesakit kerana latar blkng mereka. walaupun pesakit yg dtg adalah orang asli yg tidak faham bahasa melayu dan bahasa lain, atau banduan yg gemar melihat tubuh wanita dari atas ke bawah, aku tetap perlu memberi rawatan yg sempurna kpd mereka. Kali ini, aku terpaku melihat kes Makcil Le.Dia boleh berkomunikasi dgn orang lain, cuma butir isi percakapannya kdg2 merepek. mungkin penyakit mental yg dideritainya tidak sampai ke thp maksimum seperti yg pernah aku lihat di wad psykiatrik tempoh hari.



  • Kisah di balik kejatuhan seorang insan

menurut ceritanya, makcik Le ditinggal suami yg punya wanita lain.mngkin itu satu punca dia mula berhalusinasi dan mendengar suara2 yg menyuruhnya mmbuat perkara pelik. di wad psykiatrik pun byk kes depresi kerana di tinggalkan suami atau kekasih. Terlalu sygkan manusia sehingga hilang jejak di bumi nyata! adakah cinta kpd manusia bisa mengatasi cinta pada yg Esa? Semuanya kerana CINTA!


Kesimpulannya, bila cinta kpd manusia mengatasi cinta kpd Allah, dan bila manusia yg dicintai menghampakan hati dan memusnahkan hrpan, syaitan akan berbisik yg kita adalah keseorangan, tiada tempat lagi untuk bergantung. Insan lemah jiwa akan terus larut dengan bisikan malah cuba membina dunia sendiri yg difikirkan lebih mmbahagiakan dan terus hidup dlm dunia tersebut. Akhirnya mereka hilang sentuhan dengan realiti.....semuanya bermula bila tidak sanggup menghadapi realiti dan tidak mengingati mati.



  • Harapan- Masih ada kah?

Aku melihat kembali wajah Makcik Le. Merenung segenap inci wajah. Dia perlu dibawa bangun dari lamunan mimpi fantasinya. Dia perlu dituntun untuk mengenali yg Esa sbg pencipta dan pentadbir alam. Dia perlu disedarkan yg manusia boleh berubah. Dia perlu dileteri kerana memusnahkan diri sendiri.....Dia perlukan aku...Tapi bagaimana? Aku hanya boleh memberi galakan untuknya, tapi dialah yg perlu kuat untuk merubah diri....


Makcik Le sudah tua. Selalunya penyakit ini akan berlarutan. Tapi andainya dia pergi dlm keadaan tidak mengingati Tuhan, pasti sia2 lah hidupnya selama ini. Itulah yg aku bygkan setiap kali melihat pesakit mental. Mmg rugi hidup bila mereka mencuba untuk tidak hidup.



  • Doa

Hanya doa yg kami dpt titipkan buat pesakit2 kami. Di wad, kami kelihatan sgt tegas dan garang kerana pd hakikatnya, kami sdg mncuba untuk menyembunyikan emosi kami. Lama kelamaan, kami sudah kurang mengambil kisah perihal peribadi pesakit, namun, jauh di sudut hati, jika boleh, aku tidak mahu lagi berjumpa pesakit seperti Makcik Le, supaya hatiku tidak sakit lagi melihat manusia yg memusnahkan diri sendiri...




Sunday, April 4, 2010

hayati lirik


Aku ingin mencintaimu (edcoustic)

Tuhan betapa aku malu
Atas semua yg kau beri pada diriku
Terlalu sering membuatmu kecewa
Entah mungkinkan aku terlena
Sementara engkau beri aku kesempatan berulangkali
Agar aku kembali
Dalam fitrahku sbg manusia untuk menghambakanmu
Betapa tak ada apa-apanya aku di hadapanmu

Aku ingin mencintaimu
Setulusnya, sebenar- benar aku cinta
Dalam doa dalam ucapan, dalam setiap langkahku

Aku ingin mendekatimu selamanya
Sehina apa pun diriku
Ku berharap untuk bertemu dengan mu ya rabbi

Pengaruh Drama dan Filem Tempatan dan Luar Negara

Aku bersuka hati je menulis tajuk entri untuk kali ni.tajuk ni berat, sbb benda ni mgkin jd penyebb utama kemerosotan nilai muda-mudi, begitu juga pakcik makcik kat kampung aku, even tokoh2 msyrkt sekalipun.bila tak dapat mendalami kepentingan untuk mendalami tajuk ini mmg kita xkan nmpak punca kemerosotan akhlak skrg ni.kita slalu je komplain yg remaja skrg smkin teruk, lpas 2 tak tau puncanya.kalau tau pun, just bermain di atas angin, contohnya, salahkan ibu bapa xpandai bela anak, salahkn media yg siar rncngan xbagus, sedangkan kita xmengerti kat mana yg tak bagusnya, scene mana yg blh mmpengaruhi remaja, dan apa yg pembuat filem ni nak smpaikn pd anak2 muda kita sbnrnya(kita?) aku, sbgai sorg yg brminat dlm bidang seni ni insyallh akan kupas skit pasal keadaan filem dan drama ms skrg sbb kbnyakan org yg rasa nk jd org baik slalunya akan mghindari dr tgk crita ni sume(langho la katakan-tp mmg langho pun).jd aku selaku org yg rasa nk jd baik tp stil susah nk tingglkn benda2 langho mcm ni akn salurkn kelanghoan aku slama ni dlm bentuk analisis. ..dari pengalaman dan pengamatan sendiri tanpa brckp di atas angin semata-mata...sbnrnya, drama dan filem byk brkata2 ttg cara hidup ssebuah msyrkt tanpa kita sedari........

  1. filem hindustan trbaru aku tgk-nama aku khan(my name is khan)(mera nam khan??!!!)

mmg sgt lama dah aku xtgk cita hindustan...dulu pun xminat sbb crita dia byk lagu(slalu trtidur part lagu), lpas 2 musti ada part yg erotik skit antara hero dan heroin(aku yg rasa malu tb2 buat xnmpak dan pegi dapur cari makanan).lagi mnyampah bila hero dia suka buat lawak bodoh dan heroin dia sgt garang(untuk menafikan perasaan sbnar trhdp hero).ksmpulannya, crita hindustan ni mmg la xsesuai di tonton oleh sgnp lapisan umur.tapi aku xnafikan ada gak crita yg berguna dan menarik untk ditonton, contohnya crita ttg pembunuhan, pyakit dan lain2.ada gak crita hindustan yg bw tema2 ni, tp slalu buat slack ngn masukkan scene2 yg xsepatutnya.perkmbngan skrg(yg aku rasa brbnding dlu), critanya smkin mngarut dgn penekanan kpd tema cinta ghairah dan pelakon seksi yg perasan cantik.

ttg crita my name is khan, aku tertgk 2 hari lpas masa tgh dikuarantin dlm lecture hall.sblm ni dah penah bc sinopsisny dlm paper,dan byk org yg trtungu2 filem ni sbb ia mnggabungkn kmbali senior filem hindustan-shah rukh khan dan kajol.critanya brkisar ttg idup sorg yg ada asperger syndrome( Asperger syndrome is an autism spectrum disorder, and people with it therefore show significant difficulties in social interaction, along with restricted and repetitive patterns of behavior and interests. It differs from other autism spectrum disorders by its relative preservation of linguistic and cognitive development. Although not required for diagnosis, physical clumsiness and atypical use of language are frequently reported- aku copy dr wiki).lpas 2 dia jumpa sorg janda bragama hindu(kajol)dan nk kawen dgn dia,sedangkn khan ni bragama islam.tp dlm filem 2 dia ttp kawen dan mngamalkn fahaman msg2 lps 2. mmg sgt pelik critanya bila tunjukkn yg org islam boleh je nk brtoleransi smpai tahap kawen dgn org yg xmemeluk islam.aku xpasti apa tujuan org yg buat filem ni, tapi apa2 pon ada 3 sbb knp filem ni jd mcm 2. 1st, org yg buat crita ni mmg tak mgkaji islam dr sudut yg betul, @ xmndalami islam scra betul(@ kata lainny-bodoh-kalu nk buat crita, buat la btol2). 2nd, dia mmg nk tunjuk realiti msyrakat skrg-contohnya, mmg ramai org kat india ni kawen jenis mcm 2, tnpa tukar agama, then boleh amalkn agama msg2. 3rd.propaganda-byk crita yg kontroversi mcm ni di dalangi propaganda.kalau kt malaysia, mgkn crita gubra yg jd ejen propaganda, tp kat india, my name is khan is the agent.

2. crita jepun yg aku suka

aku mula brjinak2 ngn crita jepun since secondary school.masa 2 dtayangkn kat tv3 ptg2. still ingat lagi kami (bus=dak2 asrama) akan brkumpul ramai2 untk tgk crita 'with love' kat bilik rehat(masa 2 kat smka-gile btol).aku dah xingat crita jepun 1st yg aku tgk, tp yg aku ingat, d awal keterlibatan aku ngn crita jepun ni, aku tgk 'my hero my bos' yg mgisahkan ttg seorg yakuza(mcm gangster yg menguasai kwsn).dia ni dah tua2 baru nak pergi ke sekolah sbb bapak dia paksa-katanya, even u're a yakuza, education is penting. bg aku bagus critanya sbb tunjukkn apa sbnrnya yg blh kita dpt kat sklh.bukan skdr blajar, tp bina hbngn yg brmakna dgn manusia. aku tgk kelebihan crita jepun ni ialah dia akan cungkil hati seorg manusia sedalam-dalamnya-smpai penonton akan faham apa yg sepatutnya diorg ni nak pahamkan(faham ka apa yg aku cb sampaikn???) aku dpt rasa cara pemikiran diorg yg suka fikir sedalam2 dan sampaikan ssuatu dgn brsungguh2 melalui crita diorg. rasanya mcm ni la cara diorg maju.buat drama pun brsungguh2 mcm buat filem.lpas 2 kegembiraan aku trhadap crita jepun ni mkin brbuah ngan crita2 educational mcm code blue(ttg khdpn flying doctors), *****(lupa namanya)(ttg surgery jantung), majo saiban(ttg juri mahkamah), gokusen(ttg cikgu yg brusaha mngajar), maou(ttg manusia psycho), ***(lupa namany)(ttg forensik), Puzzle (ttg misteri dan kajian) dll.alhmdlh, stkt ni, yg aku tgk, crita jepun ni byk mngajar audiens.tapi aku xnafikan ada juga trselit scene2 yg tak sedap untk dlihat,tp brbndg ngn crita korea dan inggeris, ia ok lg.pengaruh barat juga smkin mghampiri crita2 jepun ni.byk gak crita jepun yg mmaparkan laki dan wanita yg xbrkahwin tinggal sebumbung.........so,sapa2 yg nk tgk crita jepun, sila pilih yg bagus shj,kalau crita bagus tapi tunjuk mslh moral,sila amik pengajaran, dan sila brhati2..........

kalu brcrita ttg pengaruh crita jepun kat malaysia, rasanya xnmpak sgt. kat tv kita mmg kurang tayangkan crita jepun.kalau ada pon,makcik pakcik kat kg aku xtengok rasanya.yg slalu tgk crita jepun ni slalunya budak2 univrsiti yg rajin mendownload crita dan org jepun sndiri(hehe).

sbnarnya byk lagi yg aku nk tulis.insyallh akan ku hurai lagi ttg tjuk ni mgikut tajuk2 kecil di bawah..............

crita melayu

crita korea

crita tamil

crita kartun

crita cina

crita inggeris

crita indon

hmmm...ni baru crita ttg pengaruh.blum lagi crita mcm na nk atasi mslh ni.jadi sapa2 yg nk brkongsi idea, mgkritik yg sihat,bolehla di postkan kat blog sy ni.wallahua'lam.