Buat Sahabat Seiman......

Tuesday, December 29, 2009

Sahabat tu apa????

Dan seorang remaja berkata, Bicaralah pada kami tentang Persahabatan.
Dan dia menjawab:Sahabat adalah keperluan jiwa, yang mesti dipenuhi.Dialah ladang hati, yang kau taburi dengan kasih dan kau tuai dengan penuh rasa terima kasih.Dan dia pulalah naungan dan pendianganmu.Kerana kau menghampirinya saat hati lupa dan mencarinya saat jiwa mahu kedamaian.
Bila dia berbicara, mengungkapkan fikirannya, kau tiada takut membisikkan kata “Tidak” di kalbumu sendiri, pun tiada kau menyembunyikan kata “Ya”.Dan bilamana dia diam,hatimu berhenti dari mendengar hatinya; kerana tanpa ungkapan kata, dalam persahabatan, segala fikiran, hasrat, dan keinginan dilahirkan bersama dan dikongsi, dengan kegembiraan tiada terkirakan.Di kala berpisah dengan sahabat, tiadalah kau berdukacita;Kerana yang paling kau kasihi dalam dirinya, mungkin kau nampak lebih jelas dalam ketiadaannya, bagai sebuah gunung bagi seorang pendaki, nampak lebih agung daripada tanah ngarai dataran.
Dan tiada maksud lain dari persahabatan kecuali saling memperkaya
roh kejiwaan.Kerana cinta yang mencari sesuatu di luar jangkauan misterinya, bukanlah cinta , tetapi sebuah jala yang ditebarkan: hanya menangkap yang tiada diharapkan.
Dan persembahkanlah yang terindah bagi sahabatmu.Jika dia harus tahu musim surutmu, biarlah dia mengenali pula musim pasangmu.Gerangan apa sahabat itu jika kau sentiasa mencarinya, untuk sekadar bersama dalam membunuh waktu?Carilah ia untuk bersama menghidupkan sang waktu!Kerana dialah yang bisa mengisi kekuranganmu, bukan mengisi kekosonganmu.Dan dalam manisnya persahabatan, biarkanlah ada tawa ria dan berkongsi kegembiraan. .Kerana dalam titisan kecil embun pagi, hati manusia menemui fajar dan ghairah segar kehidupan.
Dipetik dr emel yg aku dpt

Monday, December 14, 2009


Mencari Hikmah dalam Kekurangan, Kehinaan, Kesengsaraan

7 December 2009 Selasa
Cuti sem baru brlalu,tp ada certain benda yg aku trfikir2 spnjg cuti dan kini.Mulanya kematian paksu aku n tok saudara aku.Kedua-duanya rapat ngn famili aku. Paksu sntiasa ceria, xtunjuk kemarahan pd org yg sepatutny dia marah.Tok su pula menjadi tmpt pelarian kami masa kat kg kecik2 dulu.Dulu kalau raya, rumah utok aku jdi sempit bila nk tido (biasala dah ramai) jadi kami adik bradik akan tumpang tido rumah toksu.Rumah dia kemas dan agak brsihla jika di compare ngn rumah tok aku ni(bukan brniat nk kutuk).Jadi bila diorang dah tak da, rasa mcm kehilangan,walaupun aku jarang jugak jumpa diorg(budak asrama katakn).Tambahan pulak xsempat nk ziarah toksu aku tu...rasa mcm nk sgt menatap wajah dia buat kali trakhir...org yg pernah sayang kitakan...Betulla bila disebut yg kematian ni adalah pemutus segala keinginan...Aku prnah bayangkn kalu aku mati skrg, byk keinginan dan benda yg aku nk berderai begitu saja(samada keinginan yg baik atau X).Nak berbakti kt mak bapak ka,nak kawin ke,nk minta maaf ngn org ka,nk byr hutang ka.....sume hilang bgtu sj....MATI...
Jadi nk dijadikan crita satu hari,mak aku mgluarkn kenyataan: famili kita ni kalau ada yg meninggal mesti brderet tiga org. Aku pun fikir,betul jugakla.Dulu pun mcm 2. Aku pun mula fikir2la napa blh jdi mcm 2.mesti ada reason atau dlm kata lain ,HIKMAHnya. Tanpa brfikir panjang, ngn konfidennya aku mnjawab: hmm, Allah saja nk bgi pringatan kat kita tu.Mula2 dia matikan sorang, then kita stil enjoy dan lupa diri dan tak amik pngajaran, jadi Allah nk ingatkan kita lagi,jdi matikan sorang lagi.Kalu xingat lagi...nanti sorang lagi la”kata aku yg kurang ilmu ini. Apa pendapat korang??? Fikirla sendiri...
Untuk malam ni rasanya xnak tulis byk. Dah rasa pening2 ngantuk skrg.Tadi siang dah telan Piriton(sebab selsema n alergi melampau yg aku alami),jadi effect ngantuk drug 2 mcm xhilang lagi even dah tido siang.Itula hidup aku.Org lain xrasa sengsara bersin tanpa henti,gatal2 alergi(slalunya bhgn muka,kalu teruk satu badan la),dan sakit dan ngilu bhgn muka yg aku rasai saban hari.Sampai mata mcm nk rosak sbb aku slalu tonyoh2 sbb gatal;berair lagi.Sensitif ngn aircond,udara panas, sejuk, getaran,wap panas seterika dll.Mcm2 la aku alergi,yg pastinya manusia normal xtercapai dek akal jika diaorg nk mnyelami kesakitanku.Tapi after all...sume yg berlaku ada HIKMAHnya.Mungkin org lain tak perlu nk rasa sbb...ntah,aku pun xtahu.mgkinla Allah sayang sgt kat aku,jadi dia hapuskan dosa harian aku ngn kesakitan yg aku rasa hari2.....hehe...jeles tak korg??? Jadi korang carila hikmahnya napa korang tak diuji mcm yg aku kena....
Crita ttg hikmah ni berkaitan ngan satu ayat tak baik yg slalu trtimbul dlm hati aku: “ kenapa aku yg kena, knp org lain tak”.Agak2 ada x korg prnah trfikir mcm tu bila di timpa musibah? Masa ni la kalu hati aku tgh baik, aku akn cari hikmah di sebaliknya. Tp yg xseronok tu, kita xtau pun adakh hikmah yg kita cri tu brtepatan dgn hikmah sbnr aLLAh turunkn msbh tu pd kita.(sapa ada pndpt ttg hal2 hikmah ni silalah brkongsi ngn saya diruangan blog ni ye,smg pemahaman sy ttg topik ni xlari la). Contohnya, aku trasa susah sgt nk brbakti kt seseorg yg wajib aku brbakti(etc seorang jiran yg brnama Mr H) .(.Mslhnya dia bukanla seorg insan yg senang diurus,contohnya tidak mnjalankn tnggungjwb padaku dan familiku sprti diamanahkn,jadi mcm na pulak aku nk jalankn tggjwb aku padany?Rasa mcm xadil betul.Jadi minda marahku mula brtanya2,napa org lain xda mslh dlm hal ni,senang2 je nk brbkti dan lepas tu msk syurga,sedangkn aku nak brkomunikasi ngan si Mr H ni pun susah,,,mana adil,lepas tu aku pun masuk neraka krna gagal brbkti kpd Mr H ni.adil ke 2? Bersambung...........

Monday, October 5, 2009

Palestin....Anda masih ingat?


Surat terbuka buat saudara- saudaraku di Palestin (sempena serangan Zionis 27 December 2009)

Assalamualaikum....salam penuh ikhlas kutujukan buat bakal- bakal syahid yang sehingga kini masih bertahan dalam lingkungan gelojak nafsu syaitan kafir durjana yang melonjak saban hari dengan serangan yang bertali arus. Ketahuilah, aku dan sahabat- sahabatku di sini amat mengagumimu, teringin andai semangat jihad fisabilillah itu dapat singgah di benak ini walau hanya untuk beberapa detik.....
Saudaraku
Aku betul- betul serius bila mengatakan bahawa aku teringin untuk memiliki semanagt sepertimu. Aku benar- benar impikan semanagt itu.... Aku sangat- sangat butuh akan hal itu.... amat serius. Saudaraku, engkau tahu kenapa?
Saudaraku, tolong tunjukkan cara untukku mendapat semangat itu. Satu semanagt yang bisa membutakan anak kecil yang membaling batu di hadapan kereta kebal..... Satu semangat yang membolehkan si ibu yang kehilangan anak kecil tersenyum girang seolah- olah dapat melihat syurga dunia di hadapannya....satu semangat yang mengiringi seorang pemuda yang menyinsing langkah penuh yakin untuk mati dan menemui tuhannya tanpa rasa ragu seolah- olah redha tuhannya turut mengiringi.......
Saudaraku di palestin,
Aku sering berfikir, adakah perlu untuk ku menunggu satu ujian hebat menimpaku dan masyarakat di sini untuk ku memiliki semangat mutiara itu? Seperti perang atau bencana tsunami? Perlukah semua itu menjengah dahulu sebelum aku bisa memiliki semangat itu? Perlukah segala ujian itu melanda sebelum ku melihat kawan- kawanku yang hanyut kembali kepada tuhannya???? Jika bencanalah jawapanku untuk mendapatkan semangat emas itu, jadi, perlukah ku berdoa untuk mendapatkan bencana itu? Aku sudah tidak betah hidup dalam melihat insan- insan yang derita jiwanya hidup di sekelilingku....Aku sudah lelah menyeru dan tidak dipedulikan....Aku sudah patah jiwa dalam mengajak kepadaa yang ma’ruf dan di tikam dari belakang kerana ajakan itu.....Aku betul- betul tidak sanggup!!!!!!!!!!!!!!!

Panaslah sang mentari
Lafaz kalimah takkan ku henti
Siksalah jasadku
Takkan ku tunduk pada kejahilanmu
Kerana mengalir di seluruh tubuhku
Kalimah tuhan dari lidah rasulku
Dan itu yang ku percaya
Bersaksilah tuhanku satu

Panas.......panas....... Aku merasai kepanasan di kedudukanku sekarang ini
Bukan kerana mentari yang menyinar garang
Bukan juga kerana ketertutupanku di ruangan ini
Namun kerana dosa hati yang melingkari
Saudaraku, kau tahu dari mana dosa itu datang?

Saudaraku di Palestin,
Kau tahu atau tidak, aku dan rakan- rakanku di sini berhempas pulas melawan dugaan nikmat palsu dunia hingga kdg2 kami jatuh juga ke jurang dosa?
Kau tahu atau tidak yang amat sukar untuk kami hidup di celahan dunia yang makin lalai dengan segala jamahan nafsu di depan mata?
Kau tahu atau tidak bahawa kami sedang cuba menjalankan jihad hati dan ilmu biarpun laluannya amatlah sukar?

Bukan mudah untuk meneruskan kehidupan di sini saudaraku. Semuanya seolah- olah gelap di depan mata. Namun apa boleh buat, kami cuba menyusun langkah sedapat mungkin untuk terus berjuang di jalan yang diredhai. Jika kamu di sana diuji dengan kesusahan melampau, kami di sini pula diuji dengan kesenangan yang memukau, yang bisa menggelapkan mata dan jiwa. Dan tatkala kegelapan itu datang menjelma, mata menjadi buta, hati menjadi papa, hidup menjadi alpa, jiwa derita, dan kesudahannya tiada redha, hanya neraka !!!!!

Tuhan
Aku tidak tahu
Samada kami dapat terus di jalan lurusMu
Namun, aku pinta padaMu
Usah kau palingkan hati- hati kami
Setelah engkau memberi petunjuk kepada kami
Kerana tanpa petunjukMu
Menjadilah kami daripada kalangan org2 yang rugi.....

Oleh itu saudara- saudaraku di Palestin
Jangan kamu anggap kamu berjuang bersendirian
Kami di sini juga begitu
Menderita bersamamu
Dalam satu bentuk yang pasti tak dapat kau bayangkan
Bentuk yang dapat menjahanamkan....
Iaitu, KESENANGAN !!!!!!!!!!

(Ditulis ketika serangan sdg rancak dilakukan)

Manisnya Tahajjud.....


Malam itu gelap gelita tetapi ia amat indah. Di muka langit bertaburan bintang-bintang yang berkelipan, disisi bulan yang terang benderang. Untuk apakah Allah s.w.t jadikan malam? Ada waktu malam yang dihiasi dengan munajat kepada Allah s.w.t dan ada malam yang dihiasi dengan derhaka kepada Allah s.w.t. Jadi malam itu tidak sentiasa indah dan permai kerana ia bergantung kepada penghuni-penghuninya.Bagi orang-orang yang soleh merindui malam ibarat pengantin menanti malam pertama. Kerana pada waktu malam untuk mereka bermesra-mesra dengan Tuhannya. Pada waktu malam tiada kebisingan kecuali mereka mengadu dan bermunajat kepada Tuhannya.Kalau sepasang kekasih mencari waktu malam untuk memadu kasih, maka tidak hairan kalau orang-orang yang soleh juga menggunakan waktu malam untuk memadu cinta sejati dengan Allah s.w.t. Berkata Al Fudhail bin Iyadh, "Apabila terbenam matahari maka saya gembira dengan gelap. Dan apabila terbitnya matahari maka saya berdukacita kerana datangnya manusia kepadaku!" Abu Sulaiman pula berkata, "Jikalau tidaklah kerana malam nescaya saya tidaklah menyukai tinggal di dunia ini." Selain dari keheningan malam yang ada pada waktu malam, Allah juga menurunkan malaikat-malaikat pada malam hari untuk memberi rahmat kepda hamba-hambaNya yang sedang beribadah. Malaikat akan turun ke bumi mencari manusia-manusia yang menghidupkan malam dengan ibadah untuk diberi rahmat dan diaminkan doanya. Pada waktu malam juga akan ada satu detik di mana barangsiapa yang berdoa ketika itu akan dikabulkan segala hajatnya. Solat yang didirikan pada waktu malam juga lebih banyak manfaat dan lebih pahalanya. Sabda Rasulullah bermaksud: "Dua rakaat yang dikerjakan oleh hamba pada waktu tengah malam adalah lebih baik baginya dari dunia dan isinya. Dan kalaulah tidak memberi kesukaran kepada umatku, nescaya saya wajibkan kedua rakaat itu atas mereka."Sabda Rasulullah lagi yang bermaksud: "Kerjakan solat dua rakaat dalam kegelapan malam untuk kesuraman kubur."Maka sebaik-baik pengisian waktu malam ialah dengan mendirikan ibadah solat. Allah memberi pandangan kepada golongan ini kerana mereka telah sanggup meninggal keenakan dan keselesaan beristirehat untuk bangun mengabdikan diri sebagai seorang hamba. Di tengah-tengah kesejukan dan kedinginan malam, maka golongan ini telah membasuh diri dengan wudhuk dan berdiri serta sujud kepada Allah s.w.t. Untuk melakukan pekerjaan ini bukannya mudah. Ia memerlukan kegigihan pada hati serta hidup cintanya dengan Tuhan. Sebab itu Allah menyediakan sebuah syurga bagi hamba-hambaNya yang menghidupkan malam.Meskipun itu adalah janji dari Allah s.w.t. kepada kita namun kepayahan untuk menghidupkan malam lebih ketara lagi kerana syaitan turut memainkan peranan dengan bersungguh-sungguh menghalang manusia melakukannya. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Diikat oleh syaitan di atas seseorang kamu dengan tiga ikatan apabila ia sedang tidur. Maka syaitan memukul tiap-tiap tempat ikatan tersebut sepanjang malam sehingga tertidurlah kamu. Kalau kamu terbangun dan berzikir kepada Allah s.w.t nescaya terbukalah satu ikatan. Kalau berwuduk nescaya terbukalah satu ikatan lagi dan kalau bersolat nescaya terbukalah semuanya. Sehingga kamu menjadi rajin dan baik jiwanya. Kalau tidak yang demikian nescaya menjadi keji jiwa dan malas."Bila dilihat dari segi halangan-halangan yang terpaksa ditempuhi oleh seseorang yang mahu menghidupkan malam dengan ibadah, maka tidak salah kalau diletakkan mereka dealam golongan mnusia yang berjiwa gigih dan hidup cintanya dengan Allah s.w.t. Golongan ini juga telah mewarisi pekerjaan orang-orang soleh.Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Haruslah kamu bangun malam kerana itu adalah kebiasaan orang-orang soleh sebelum kamu. Sesungguhnya bangun malam adalah mendekatkan diri kepada Allah Azzawajalla, menutup segala dosa, menghilangkan segala penyakit pada tubuh dan mencegah daripada dosa.


"Dipetik dari Panduan Solat Tahajjud, oleh Muhammad Uzair Al Aziz.
hmm...now i'll cont' my story about father. He is in his sixties now...has first heart attack in early 2005. my mom,the tough wife manage father thorougly....from ironing cloth, prepare drug, until administer insulin og humilin N each night.It is a sad story to know people close to us will go forever, isnt it?before, i always imagine what is my reaction when know that my beloved one is gone, but when the time come, i really cry so much....it is severe than just imagine it. This occur when father has his 1st heart attack, and doctor ask us to be prepared(if father die). I remember crying like mad in the commuter....dah xrasa malu ngn org2 yg memandang....

But, on the other hand, aku rasa brtuah to know the estimate time left for me to be with him. at least, i'll be ready....i think kematian tiba2 eg dalam kemalangan lbh tragis.....tb2 je hilang insan ksyngan...

berbalik crita aku n famili g tsik chini(sebenarnya, bukan kenyir), actually we're visiting my sister's mak mertua at kuantan...n my father is very excited to go to tsk chini.At first, i feel like father akan mnyusahkan tuan rumah untk bawa km ke sana(al maklum tmpat 2 bukan dkt), tapi mak mcm diamkn saja...maksud aku, slalunya, mak akan halang hasrat ayah yg suka ke sana sini(mak rasional skit orgnya...ayah slalunya xleh dok diam kalu pegi mana2,jadi mak akan halang hasrat ayah kalu ayah minta anak menantu bawanya ke mana2.ayah xda kereta, jd kalu nk g mana, kena ajak kakak2 atau abg ipar.mak dan aku rasa benda 2 akan susahkn org-diorg kan ada famili sndiri,kesibukan sendiri, tapi stkt ni, alhmdlh,diorg layan ayah je, bawa je ayah ke mana2,even sampai mghrib pun ). jadi, ksmplannya, aku pun heran bila mak mmbenarkan je ayah minta menantunya bw dia ke t.cini 2.....akhirnya, dlm prjalanan balik, bru my sister critakan sumenya.....i have a very limited time with him...but instead of make him smile always, i think i want to make him cry a bit, because he really need to cry.........

Tuesday, September 29, 2009

baru2 ni dapat brita ttg my dad, who suffered from diabetes, hypertension, heart disease, kidney failure, that he at least will live about 3 years more. I get this news from my sister.i'm stuck,start to cry, but i try to hold tears in that car. We are going to Kenyir lake that time...
but actually, my mind is twisting.....i dont know why..... to be continue

Saturday, August 15, 2009

Tuesday, August 11, 2009

Tuesday, July 21, 2009

Menangani fitrah yg punah

Alhamdulillah...sgl puji bg Allah pencipta kita.Akhirnya, lahir juga blog yg aku rasa boleh memberi sedikit sebanyak benefits utk semua, walaupun pada awalnya aku dah pernah buat blog...tapi lupa lak alamatnya...So kenalah buat balik...Aku kena menangani masalah lupa yg muncul sekian lama ni...Dpt early dementia kot...