Buat Sahabat Seiman......

Sunday, February 28, 2010

Menghayati Nikmat Allah- Muhasabah Cinta !



Wahai pemilik nyawaku

Betapa lemah diriku ini

Berat ujian dari-Mu

Ku pasrahkan semua pada-Mu


Tuhan baru ku sadar

Indah nikmat sehat itu

Tak pandai aku bersyukur

Kini ku harapkan cinta-Mu


Kata-kata cinta terucap indah

Mengalun berzikir di kidung doaku

Sakit yang ku rasa biar jadi penawar dosaku


Butir-butir cinta air mataku

Teringat semua yang Kau beri untukku

Ampuni khilaf dan salah selama iniYa Illahi

muhasabah cintaku


Tuhan kuatkan aku

Lindungiku dari putus asa

Jika ku harus mati

Pertemukan aku dengan-Mu


~Muhasabah Cinta~

Saturday, February 27, 2010

Nak percaya @ tak?-jom semak hadis


Dipetik dr Berita Harian, 28 feb 2010




PADA abad ke-18, bandar raya Liverpool menjadi mewah menerusi apa yang digelar 'kapal keaiban' yang mengangkut berjuta-juta abdi kulit hitam Afrika ke Amerika Syarikat dan Hindia Barat. Koloni Dunia Baru yang pantas membangun itu memerlukan banyak tenaga kerja dan ahli perniagaan England berasakan lelaki, wanita dan kanak-kanak kulit hitam Afrika boleh memenuhi permintaan pekerja. Kira-kira 10 juta abdi Afrika dibawa menyeberangi Lautan Atlantik dalam keadaan sukar dengan setiap seorang dikurung dalam ruang lebih kecil daripada keranda. Kaki mereka dirantai antara satu sama lain dan perlu berkubang dengan kekotoran setiap masa selama berbulan-bulan. Tidak hairanlah jika kadar kematian tinggi adalah perkara biasa dalam kapal yang mengangkut abdi.
Hamba abdi yang sakit dan nazak dianggap satu kerugian kepada orang tengah dan ramai penduduk Afrika yang disyaki sakit dibuang ke laut untuk menjadi makanan jerung. Namun sudah menjadi hukum alam, kezaliman tidak selamanya bermaharajalela dan satu-satu persatu kisah aneh yang berkaitan dengan kekejaman tersingkap. Ia bermula pada tahun 1783, apabila sebuah kapal abdi dinamakan Amelia mengangkut manusia dari pelabuhan Old Calabar di Nigeria. Di antara lelaki, wanita dan kanak-kanak yang diculik dan diambil secara paksa dari negara mereka, ada seorang budak lelaki berusia 13 tahun bernama Abu dan bapa saudaranya, Obah - lelaki buta yang boleh berbahasa Inggeris. Dalam pelayaran itu, Abu diserang sawan dan Obah merayu simpati krew kapal memberikan sedikit air kepada anak saudaranya itu. Sayangnya, permintaan Obah tidak dipedulikan yang memaksa dia dan beberapa abdi lain, bertindak menggoncangkan rantai ikatan mereka sebagai membantah. Kapten Mallard, yang mengemudi Amelia, marah dengan keadaan itu dan akibatnya hamba abdi yang menunjuk perasaan disebat. Abu tidak terkecuali dan pitam. Obah terus merayu Abu diberi air dan memberi penjelasan anak saudaranya itu kerap diserang sawan yang memberikan dia kelebihan melihat apa yang akan terjadi pada masa depan.
Abu ialah satu-satunya anak lelaki kepada ahli sihir puaknya dan jika budak itu tidak dibawa balik ke Nigeria, sumpahan ngeri akan berlaku kepada pengemudi Amelia. Apabila Kapten Mallard mendengar penjelasan itu, dia menggenggam buku lali Abu dan mula menghayunkan kanak-kanak malang itu. Abu menjerit dan Obah cuba menyerang Mallard. Tiba-tiba Mallard mengheret Abu ke hujung kapal dan melemparkan budak itu ke dalam laut. Obah menangis dan dibawa ke bawah serta dirantai sekali lagi. Ketika rantai dipasang, lelaki berkenaan menuding jari ke arah Mallard dan berkata: "Aku sumpah kau! Aku sumpah kau dan keluarga kau!" Tidak lama selepas kepulangan Mallard ke Liverpool, nasib malang dan kejadian pelik mula menghantuinya dan keluarganya. Anak sulungnya, Matthew, yang mempunyai kediaman berhampiran pantai di Formby, menjadi gila selepas memberitahu isterinya bahawa seekor anjing hitam dengan mata merah menyala merenungnya ketika bersiar di pantai. Matthew dimasukkan ke pusat tahanan mental tidak lama selepas itu. Beberapa minggu kemudian, Mallard terbangun pada tengah malam apabila mendengar pukulan gendang pelik dari kejauhan. Jirannya turut mendengar bunyi aneh itu tetapi tiada siapa tahu dari mana sumbernya. Tiga malam kemudian, irama membingitkan itu berhenti tiba-tiba tepat jam 4.15 pagi dan Mallard kemudian mengetahui ibunya yang menetap di Frederick Street meninggal dunia pada waktu sama. Sebulan kemudian, pukulan gendang sama mengganggu tidur Mallard sekali lagi. Kali ini dia bangun dan mendapati isterinya terbaring berlumuran darah di sebelahnya. Wanita itu mengalami keguguran dan hampir meragut nyawa.
Terganggu dengan kejadian itu, Mallard memutuskan untuk kembali belayar bagi melenyapkan nasib malangnya itu. Dia menjadi kapten h kapal, Moonrise, yang belayar ke Littleton, New Zealand. Mallard bakal membawa balik bekalan kapas dan daging kambing beku dari New Zealand apabila secara tiba-tiba kapalnya hilang tanpa dikesan. Kira-kira 26 tahun kemudian, sebuah kapal Britain, Horizon, mengesan sebuah kapal besar di persisiran pantai Chile dan sebaik menghampiri kapal itu, krew melihat perkataan Moonrise. Banyak tengkorak di atasnya dan anak kapal itu dipercayai meninggal dunia kerana sakit puluhan tahun lalu. Apabila berita penemuan mengejutkan kapal yang sudah lama hilang itu tiba ke pengetahuan isteri Mallard, yang ketika itu dalam lingkungan usia 60-an, dia pengsan kerana terkejut. Dia memberitahu doktor yang merawatnya bahawa suaminya disumpah sehingga mati kerana membunuh anak lelaki seorang ahli sihir. Pada saat kematian wanita itu pada jam 3.00 pagi, tujuh orang yang berada di sisinya mendengar salakan anjing. Kisah aneh itu dilaporkan dalam akhbar tempatan.


brsambung di atas....................

Pandanglah di sebaliknya...blajar dari stereogram




Berikut adalah sejenis corak yg dinamakan stereogram.Di balik corak ni, kalu dilihat btol2, akan terbit satu objek 3d di atasnya....ha,slamat mncuba.....dan satu benda yg aku blajar dr benda ni ialah, kalu tgk satu benda tu, cuba dalaminya dan tgk dari sudut yg lain...insyaallah, kita akan lbh mngerti ttg ssuatu perkara...tapi, bila kt tak dpt melihatnya, cuba fahami yg sstgh benda tu kita sukar untuk faham, so, trust the one who can see it....yg penting, jgn cpt mghukum, fahami ssuatu dulu, sblm decide tindakannya dan perkataannya---(org yg bw dkwah kn ada skill ni)


jwpn:dlm gmbr d ats, ada bentuk bulat, dlm bulatan 2 ada bentuk hati....cantek...



Gmbr kat ats lak???? teka,jgn xteka


Kekejaman manusia- Akukah yg bersalah?

KUALA LUMPUR: Bedah siasat ke atas mayat kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang mati dipercayai didera teman lelaki ibunya kelmarin, mendapati berlaku pendarahan otak, kecederaan parah di perut dan sekeliling buah pinggang akibat hentakan kuat di kepala dan abdomen mangsa. Selain itu, bedah siasat terhadap Syafia Humairah Sahari di Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB), Hulu Selangor yang mengambil masa kira-kira tiga jam mulai 10.30 pagi, juga menemui kesan luka dan lebam seluruh badan, selain kesan penderaan lampau.
Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintendan Bakhtiar Rashid, berkata polis akan memanggil beberapa individu yang rapat dengan suspek, termasuk ibu mangsa bagi membantu siasatan. "Polis percaya mereka mempunyai hubung kait atau tahu mengenai penderaan berulang yang dipercayai dilakukan suspek, seorang pemandu teksi berusia 28 tahun itu. "Kita juga akan memanggil beberapa saksi yang mendakwa melihat suspek menendang kanak-kanak itu di padang berdekatan rumahnya pada hari berkenaan," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Bakhtiar berkata, bedah siasat yang mendapati kesan kecederaan lama akibat penderaan lampau, termasuk yang dikesan beberapa hari sebelum kematiannya menunjukkan mangsa didera secara berterusan. "Kecederaan luaran yang baru dan lama itu dipercayai disebabkan pukulan dengan benda keras dan kesan hentakan kuat. Bahagian belakang tubuh mangsa juga ada kesan lebam selain leher, pipi dan bahunya," katanya. Semalam, akhbar melaporkan, Syafia Humairah mati dengan kesan luka pada muka dan perut, dipercayai didera teman lelaki ibunya di kediaman suspek di Kampung Batu 30, Ulu Yam Lama, dekat Batang Kali, malam Khamis lalu. Mangsa dipercayai ditampar dan disepak di perutnya beberapa kali sehingga mengalami kecederaan parah pada tubuh selain luka di muka, dagu, telinga serta lebam kaki dan tangan.
Syafia Humairah dipercayai meninggal dunia dalam perjalanan ke HKKB ketika dibawa suspek dan ditinggalkan di wad kecemasan selepas mendakwa kanak-kanak itu mati akibat kemalangan jalan raya. Bagaimanapun, pihak hospital mengesyaki berlaku penderaan terhadap mangsa selepas menemui banyak kesan luka dan lebam pada tubuh kanak-kanak itu dan polis menahan lelaki terbabit kira-kira jam 3 pagi kelmarin yang mengaku mencederakan Syafia Humairah. Bakhtiar berkata, ujian air kencing terhadap suspek mendapati lelaki itu positif dadah jenis ganja. "Suspek kini ditahan reman tujuh hari mulai semalam (kelmarin) dan kita akan memohon untuk melanjutkan tempoh tahanan reman sehingga 14 hari. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya. Jenazah kanak-kanak malang itu dituntut oleh keluarga ibunya di HKKB sebaik selesai bedah siasat sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kuang, kira-kira jam 4 petang. Terdahulu, suasana di pekarangan bilik mayat HKKB kecoh seketika apabila keluarga teman lelaki ibu mangsa turut datang menziarah jenazah kanak-kanak itu dan dikatakan mahu menuntut jenazah mangsa sebelum keadaan kembali reda beberapa minit selepas itu. -dipetik dr berita harian, 27 feb 2010
Adakah ini mmbawa maksud kami belum berdakwah dgn sempurna?


Monday, February 8, 2010

Kawen...Kawen....


Hari ni sorng kawan aku buat pengumuman yg dia nk kawen dlm class. Sblm ni, dah 3 org kawen dlm class aku.....Sorang dah terberanak masa 6 bulan bbrapa mgu lpas, dan waktu cuti yg dberi kalau student beranak ialah 2 minggu je...kalau nk lbh2...sila extend ye.Sbnrnya aku pon xtau nk kata apa sgt kat sini, tapi kalau ada kwn2 atau rumet yg brminat nk kongsi ttg crita kawen masa blaja ni blh la bg komen kt bwh ni ye...tq