Buat Sahabat Seiman......

Friday, June 11, 2010

Separuh Kehidupanku yg Telah Berakhir


Aku merenung cahaya malap yg sempat hinggap di mata dlm kegelapan malam semasa dlm perjalanan balik ke Kuantan. Irama lagu yg selalu hinggap di telinga ku hayati...dalam2. Tiba2 jiwaku luluh.Liriknya menyentuh hatiku...sedar aku sebentar yg umurku hanya tinggal separuh jika ku di takdirkan mati mnjelang umur 50. Ia mmbawa maksud yg aku hanya perlu melalui masa2 seperti 24 tahun yg lepas sebelum aku mati....Singkatnya hidup ini!!!


Alam yg Kekal

Betullah bila dikatakan insan yg paling bijak adalh yg mengingati mati dan bersedia untuk menghadapinya.Mana tidaknya, jika difikir dari logik akal sekalipun, kita hidup mmg amat singkat.Nikmat hidup yg selesa pula selalunya akan hilang mnjelang umur 50 tahun(kerana sakit dan sebagainya), jadi....apa ertinya hidup ini? Adakah kita hanya dihidupkan, dimatikan, tapi tidak di kembalikan kepada pencipta? Jika begitu, sia2lah hidup ini....


It is so weird when some people say that they'll be born again in another form after died. It is even weird when people say that there is no life after death.


Alam akhirat yg kekal menggamit aku malam ini.Aku trbayang untuk hidup dalam penuh erti pada hari yang akan mendatang.Di fikiran terbayang perkara2 yg harus aku baiki dlm hidup ini. Ada beberapa penambahan dan pembaikan yg perlu aku lakukan. Jika aku ditakdirkan untuk mengharungi separuh lagi putarn kehidupan ini, nampaknya aku hanya ada dalam 24-26 tahun untuk menjadi insan yg betul2 menjadi hamba Tuhan. Itu pun jika aku tidak dimatikan di pertengahan jalan.....

No comments:

Post a Comment