Buat Sahabat Seiman......

Monday, October 5, 2009

Palestin....Anda masih ingat?


Surat terbuka buat saudara- saudaraku di Palestin (sempena serangan Zionis 27 December 2009)

Assalamualaikum....salam penuh ikhlas kutujukan buat bakal- bakal syahid yang sehingga kini masih bertahan dalam lingkungan gelojak nafsu syaitan kafir durjana yang melonjak saban hari dengan serangan yang bertali arus. Ketahuilah, aku dan sahabat- sahabatku di sini amat mengagumimu, teringin andai semangat jihad fisabilillah itu dapat singgah di benak ini walau hanya untuk beberapa detik.....
Saudaraku
Aku betul- betul serius bila mengatakan bahawa aku teringin untuk memiliki semanagt sepertimu. Aku benar- benar impikan semanagt itu.... Aku sangat- sangat butuh akan hal itu.... amat serius. Saudaraku, engkau tahu kenapa?
Saudaraku, tolong tunjukkan cara untukku mendapat semangat itu. Satu semanagt yang bisa membutakan anak kecil yang membaling batu di hadapan kereta kebal..... Satu semangat yang membolehkan si ibu yang kehilangan anak kecil tersenyum girang seolah- olah dapat melihat syurga dunia di hadapannya....satu semangat yang mengiringi seorang pemuda yang menyinsing langkah penuh yakin untuk mati dan menemui tuhannya tanpa rasa ragu seolah- olah redha tuhannya turut mengiringi.......
Saudaraku di palestin,
Aku sering berfikir, adakah perlu untuk ku menunggu satu ujian hebat menimpaku dan masyarakat di sini untuk ku memiliki semangat mutiara itu? Seperti perang atau bencana tsunami? Perlukah semua itu menjengah dahulu sebelum aku bisa memiliki semangat itu? Perlukah segala ujian itu melanda sebelum ku melihat kawan- kawanku yang hanyut kembali kepada tuhannya???? Jika bencanalah jawapanku untuk mendapatkan semangat emas itu, jadi, perlukah ku berdoa untuk mendapatkan bencana itu? Aku sudah tidak betah hidup dalam melihat insan- insan yang derita jiwanya hidup di sekelilingku....Aku sudah lelah menyeru dan tidak dipedulikan....Aku sudah patah jiwa dalam mengajak kepadaa yang ma’ruf dan di tikam dari belakang kerana ajakan itu.....Aku betul- betul tidak sanggup!!!!!!!!!!!!!!!

Panaslah sang mentari
Lafaz kalimah takkan ku henti
Siksalah jasadku
Takkan ku tunduk pada kejahilanmu
Kerana mengalir di seluruh tubuhku
Kalimah tuhan dari lidah rasulku
Dan itu yang ku percaya
Bersaksilah tuhanku satu

Panas.......panas....... Aku merasai kepanasan di kedudukanku sekarang ini
Bukan kerana mentari yang menyinar garang
Bukan juga kerana ketertutupanku di ruangan ini
Namun kerana dosa hati yang melingkari
Saudaraku, kau tahu dari mana dosa itu datang?

Saudaraku di Palestin,
Kau tahu atau tidak, aku dan rakan- rakanku di sini berhempas pulas melawan dugaan nikmat palsu dunia hingga kdg2 kami jatuh juga ke jurang dosa?
Kau tahu atau tidak yang amat sukar untuk kami hidup di celahan dunia yang makin lalai dengan segala jamahan nafsu di depan mata?
Kau tahu atau tidak bahawa kami sedang cuba menjalankan jihad hati dan ilmu biarpun laluannya amatlah sukar?

Bukan mudah untuk meneruskan kehidupan di sini saudaraku. Semuanya seolah- olah gelap di depan mata. Namun apa boleh buat, kami cuba menyusun langkah sedapat mungkin untuk terus berjuang di jalan yang diredhai. Jika kamu di sana diuji dengan kesusahan melampau, kami di sini pula diuji dengan kesenangan yang memukau, yang bisa menggelapkan mata dan jiwa. Dan tatkala kegelapan itu datang menjelma, mata menjadi buta, hati menjadi papa, hidup menjadi alpa, jiwa derita, dan kesudahannya tiada redha, hanya neraka !!!!!

Tuhan
Aku tidak tahu
Samada kami dapat terus di jalan lurusMu
Namun, aku pinta padaMu
Usah kau palingkan hati- hati kami
Setelah engkau memberi petunjuk kepada kami
Kerana tanpa petunjukMu
Menjadilah kami daripada kalangan org2 yang rugi.....

Oleh itu saudara- saudaraku di Palestin
Jangan kamu anggap kamu berjuang bersendirian
Kami di sini juga begitu
Menderita bersamamu
Dalam satu bentuk yang pasti tak dapat kau bayangkan
Bentuk yang dapat menjahanamkan....
Iaitu, KESENANGAN !!!!!!!!!!

(Ditulis ketika serangan sdg rancak dilakukan)

No comments:

Post a Comment