Buat Sahabat Seiman......

Sunday, July 4, 2010

Keketuaan yg diragui

Kali terakhir aku menjadi ketua kelas dalam hidup aku ialah semasa aku bersekolah rendah.Aku juga jadi pengawas masa 2,tp akulah yg kerap dtg lambat sbb aku dan adik slalu singgah untuk beli nasi lemak kat 'pakcik sotong'.Analisis aku terhadap pengalaman keketuan aku- aku memang tak bagus disebabkan kelemahan aku yg ketara-1.pelupa 2.tidak suka menjadi perhatian langsung(even untuk brtanya soaln aku prefer tanya scra private,bkn dlm class). 3.kurang alert

aku tahu sikap di atas tidak dianjurkan Islam,tapi sukar untuk aku ubah.aku tros menyendiri dlm dunia aku sendiri setelah naik skolah menengah. di sek.men, aku tak terfikir pun untuk actively participate sbg ketua,jd aku mendiamkn diri.Aku jg tak kan dicari jika persatuan perlukan ketua,tapi hanya akan dcari untuk memasuki prtandingan seperti menulis esei atau hafazan al -quran. Lama kelamaan aku kekok untuk menyuarakan pandangan atas isu2 yg aku rasa boleh dselesaikan oleh org lain,dlm erti kata lain,aku selesa sbg pengikut yg taat.bila diberi tugasan oleh ketua, aku akan bersungguh-sungguh mencari poin terbaik untuk mendapat markah terbaik walaupun kdg2 gerak kerja aku sedikit lmbt akibat kurang pengalaman.

namun aku punya keyakinan untuk memimpin grup2 kecil.eg untuk siapkan tugasan berkumpuln.sejak sek.ren jika ada tugasan kump,aku akn dsandarkn jadi ketua,jadi aku trpaksa jadi dan alhmdulillah aku rasakn itulah satu sejarah dlm hidup aku dpt memimpin dgn bertanggungjwb dan cekap,tp ada klmahan ckt2 2 biasala....


Setiap dari kamu adalh pemimpin.

Artikel ini ditulis bila aku dilantik sbg ass. class rep untuk batch aku.ia lebih mudah berbanding seseorg yg dipilih menerajui persatuan yg lbh tinggi,tp bagi aku,saat aku diundi dgn ramainya oleh classmate,ia adalah bala.aku tak dpt melihat selain daripada bala yg dtg menerjah...terbayang di fikiran gambaran2 negatif sperti....1.diorg ni tak fikir dulu ke sblm pilih ni 2.diorg saja nak kenakan aku la ni 3.malu la aku nanti jika tak mnjalankankn tnggjwb dgn baik nnti 4.macam na nk bekerja dgn ketua aku yg ego terlampau ni 5.adakah mereka pilih aku sbb dah xda org lain? 6.bila masa aku menunjukkn kepimpinana yg bgus pd mereka ?

Bila aku balik dan renung balik,kecik je benda ni berbanding org yg ditugaskn dgn sesuatu yg lbh besar.tapi kecik @ besar amanah i2,msg2 ada cabarannya,trutama skali bagi aku yg tak biasa dan pelupa, pemalu terlampau dan tak alert ini.benda yg kecik aku nmpak besar,opportunity untuk melatih diri aku nmpak sbg bala yg boleh memusnahkan diri sendiri.

jadi,apa aku nak buat skrg?

Tiada kekuatan selain daripada Allah

untuk waktu dan saat ini, aku hanya fikir untuk mencari kekuatan.kekuatan untuk bertindak,bersuara,mengingat,percaya diri.supaya aku boleh menjadi insan yg bermanfaat bg org lain.kawan2 doakanla aku dlm membuat benda yg aku tak suka buat ini,tp yg trpaksa aku lalui sbg takdir yg trbaik diberi Tuhan dlm mentarbiyahku.jika aku berjaya,kuharap semua gembira,tapi kalau aku gagal,aku minta maaf krn menyusahkan semua dan smg aku drahmati krn tlh mencuba yg terbaik....

1 comment:

  1. begitu rupanya..he..hmpa ni qudwah yg baik sebenarnya. ada dah ciri2 pemimpin yg taat coz dimulai dgn pengikut yg taat. semua org tsiqah kat hmpa, km percaya(wakil semua org)yg hmpa mmg calon terbaik utk km..kita adalah pemimpin diri kita dan jg orag lain.

    we born to be khalifah..all da best ya. km sentiasa ada bg moral support dan doakn km..

    ReplyDelete