Buat Sahabat Seiman......

Friday, April 23, 2010

Makcik dan deliberate insertion of foreign body into the vagina


Aku melihat dr jauh sorg patient yg asyik tido dr tadi ngn sronoknya,manakala aku trkaku di situ mncari kalau2 ada kerja untk d buat.suasana damai menyelubungi wad sakit puan yg kdg2 dikejutkan dgn suara suci bayi2 comel di situ. Aku merapati makcik Le yg tido i2 lantas menatap wajahnya. Dia masih tidur. Mengerekot di siang hari.Menurut laporan jururawat td pagi, makcik Le tak dpt tidur dgn baik pd malamnya.dia juga kencing atas katil hingga lencun cadar.Aku melepaskan nafas berat melihat dia dlm keadaan itu, sambil akal ligat mencari sebab bagaimana seorang manusia boleh mengakhiri hidupnya dgn memilih untuk hidup dlm dunia yg bukan asli. Aku sekali lagi meneliti diagnosis Makcik Le. Deliberate insertion of foreign body into vagina with schizophrenia. Aku menggeleng dlm hati. Bagaimana manusia yg dikurnia akal blh melakukan sesuatu seperti ini!!!!!



  • Memberi rawatan tanpa syarat

sepanjang aku berada di sini, xpernah sekali aku melihat anak2 makcik Le dtg mlwt. Akhirnya dia dirujuk ke kebajikan.Aku marah dgn kelakuan anak2 sekarang yg sanggup meninggalkan ibu yg pernah melahirkan mereka.Tapi dlm masa yg sama aku tidak dpt menafikan kemungkinan yg ibu ini jg brsalah krn tidak mendidik anak2 dgn sempurna.kalau dulu, ungkapan 'ibu mana yg tak sayangkn anak' adalah benar, tapi, pd zmn skrg, aku menyaksikan terlalu ramai ibu yg tidak sygkan anak....membuang dan membakar bayi berlaku di mana2.bagaimanapun, aku sbg seorang perawat tidak boleh membeza-bezakan layanan ke atas pesakit kerana latar blkng mereka. walaupun pesakit yg dtg adalah orang asli yg tidak faham bahasa melayu dan bahasa lain, atau banduan yg gemar melihat tubuh wanita dari atas ke bawah, aku tetap perlu memberi rawatan yg sempurna kpd mereka. Kali ini, aku terpaku melihat kes Makcil Le.Dia boleh berkomunikasi dgn orang lain, cuma butir isi percakapannya kdg2 merepek. mungkin penyakit mental yg dideritainya tidak sampai ke thp maksimum seperti yg pernah aku lihat di wad psykiatrik tempoh hari.



  • Kisah di balik kejatuhan seorang insan

menurut ceritanya, makcik Le ditinggal suami yg punya wanita lain.mngkin itu satu punca dia mula berhalusinasi dan mendengar suara2 yg menyuruhnya mmbuat perkara pelik. di wad psykiatrik pun byk kes depresi kerana di tinggalkan suami atau kekasih. Terlalu sygkan manusia sehingga hilang jejak di bumi nyata! adakah cinta kpd manusia bisa mengatasi cinta pada yg Esa? Semuanya kerana CINTA!


Kesimpulannya, bila cinta kpd manusia mengatasi cinta kpd Allah, dan bila manusia yg dicintai menghampakan hati dan memusnahkan hrpan, syaitan akan berbisik yg kita adalah keseorangan, tiada tempat lagi untuk bergantung. Insan lemah jiwa akan terus larut dengan bisikan malah cuba membina dunia sendiri yg difikirkan lebih mmbahagiakan dan terus hidup dlm dunia tersebut. Akhirnya mereka hilang sentuhan dengan realiti.....semuanya bermula bila tidak sanggup menghadapi realiti dan tidak mengingati mati.



  • Harapan- Masih ada kah?

Aku melihat kembali wajah Makcik Le. Merenung segenap inci wajah. Dia perlu dibawa bangun dari lamunan mimpi fantasinya. Dia perlu dituntun untuk mengenali yg Esa sbg pencipta dan pentadbir alam. Dia perlu disedarkan yg manusia boleh berubah. Dia perlu dileteri kerana memusnahkan diri sendiri.....Dia perlukan aku...Tapi bagaimana? Aku hanya boleh memberi galakan untuknya, tapi dialah yg perlu kuat untuk merubah diri....


Makcik Le sudah tua. Selalunya penyakit ini akan berlarutan. Tapi andainya dia pergi dlm keadaan tidak mengingati Tuhan, pasti sia2 lah hidupnya selama ini. Itulah yg aku bygkan setiap kali melihat pesakit mental. Mmg rugi hidup bila mereka mencuba untuk tidak hidup.



  • Doa

Hanya doa yg kami dpt titipkan buat pesakit2 kami. Di wad, kami kelihatan sgt tegas dan garang kerana pd hakikatnya, kami sdg mncuba untuk menyembunyikan emosi kami. Lama kelamaan, kami sudah kurang mengambil kisah perihal peribadi pesakit, namun, jauh di sudut hati, jika boleh, aku tidak mahu lagi berjumpa pesakit seperti Makcik Le, supaya hatiku tidak sakit lagi melihat manusia yg memusnahkan diri sendiri...




No comments:

Post a Comment